Fahami sistemnya
Bagaimana Malaysia diperintah? Apa beza Ahli Parlimen dengan ADUN? Kenali Parlimen, kerajaan dan hak anda sebagai rakyat.
Belajar Demokrasi 101Tauhu Politik membantu anak muda Malaysia memahami cara demokrasi berfungsi — daripada sistem Parlimen, cara mengundi, hingga isu dan parti — dalam bahasa yang mudah difahami.
Anda tidak perlu menjadi pakar. Cukup faham asasnya, kenali isu yang anda ambil berat, dan tahu siapa yang bertanding.
Bagaimana Malaysia diperintah? Apa beza Ahli Parlimen dengan ADUN? Kenali Parlimen, kerajaan dan hak anda sebagai rakyat.
Belajar Demokrasi 101Semak status pendaftaran, fahami sistem pilihan raya, dan tahu apa yang perlu dilakukan pada hari mengundi — langkah demi langkah.
Panduan mengundiDaripada kos sara hidup hingga rasuah — fahami isu yang penting untuk anda, dan kenali lanskap parti secara neutral.
Terokai isu negaraMalaysia ialah sebuah Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan yang mengamalkan sistem persekutuan. Fahami peranan Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat (222 kerusi) dan Dewan Negara (70 ahli), pengasingan kuasa, serta bagaimana sesuatu rang undang-undang menjadi undang-undang.
Buka kursus penuhkerusi Dewan Rakyat dipilih melalui sistem first-past-the-post.
Sejak 15 Disember 2021, umur mengundi diturunkan ke 18 & pendaftaran automatik.
Dengan Pendaftaran Pemilih Automatik, warganegara berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik. Semak status anda di portal MySPR Semak, kenali kawasan pilihan raya anda, dan ikut langkah mudah pada hari mengundi.
Cara semak & mengundiPolitik bukan sekadar parti dan pilihan raya — ia tentang harga barang, gaji, pendidikan dan masa depan. Kenali isu utama dan soalan penting yang patut anda tanya.
Siapa dalam kerajaan, siapa pembangkang? Sejak November 2022, Malaysia diterajui sebuah Kerajaan Perpaduan. Kami terangkan gabungan utama — PH, BN, PN, GPS, GRS — dan parti komponennya secara ringkas dan neutral, supaya anda boleh nilai sendiri.
Terokai lanskap partigabungan politik utama membentuk Dewan Rakyat.
Kuiz ini hanyalah untuk pendedahan asas kepada dasar dan spektrum politik sahaja.
Jom Cuba! →Sebelum anda berkongsi, semak dahulu. Berita palsu dan hasutan tersebar paling laju ketika isu panas. Belajar cara kenal pasti maklumat yang boleh dipercayai dan lindungi diri daripada hoaks.
Ajar Demokrasi menganjurkan program, modul dan bengkel literasi politik untuk anak muda di seluruh Malaysia. Ada banyak cara untuk terlibat.
Sertai bengkel, kem dan sekolah politik anjuran kami.
Jadi penggerak & sebarkan literasi di komuniti anda.
Kolaborasi dengan sekolah, IPT atau organisasi.
Bahan pendidikan politik yang mesra anak muda.